Masalah mata merah juga dikenali sebagai conjunctivitis, radang mata, pink eye, red eye dan dialami oleh ramai orang yang mencapai umur 40 tahun keatas. Ia berlaku disebabkan oleh serangan virus, kekurangan vitamin A, kemalangan, gangguan saraf optik dan juga disebabkan pengambilan ubat-ubatan untuk waktu yang panjang.
Kalau anda buat carian dan rujukan di internet, anda akan dapati kebanyakkan cadangan yang diberi jarang membawa kepada suatu jalan penyelesaian untuk masalah mata merah conjunctivitis ini. Sebaliknya petua-petua yang diberikan itu akan memburukkan lagi keadaan mata anda sehingga anda rasa tidak selesa setiap hari terutama apabila anda terpaksa berhadapan dengan komputer atau situasi yang terang semasa bekerja.
Beberapa bulan ini aku telah berhadapan dengan situasi masalah mata merah conjunctivitis. Ia adalah lanjutan daripada masalah pendarahan didalam mata putih aku yang telah berlaku dua kali sebelum ini. Ya kalau nak diikutkan sukar nak dapatkan jawapan mahupun penawar untuk penyakit seperti ini melainkan disuruh berehant dan pendarahan mata itu akan berlalu dalam tempoh seminggu.
Berlakukan masalah mata merah conjunctivitis ini telah membuatkan aku mula berfikir dan membuat kajian untuk mencari jawapan kepada penawarnya. Pelbagai petua dan cara aku telah cuba dan disini aku akan kongsikan antar cara yang dapat mengurangkan kesan mata meraha conjunctivitis itu keatas mata.
Apabila anda merasakan sesuatu yang tidak kena kepada mata anda dan anda perhatikan urat-urat darah didalam mata putih anda membengkak dan merah, disamping itu kelopak mata anda pula akan terasa pedih merah serta terasa kering. Apabila anda bekedip anda dapat rasakan seperti berpasir didalam mata dan sangat tidak selesa sekali. Jika anda berhadapan dengan masalah itu anda boleh lah mengikut petua seperti yang telah aku amalkan.
Apabila anda berhadapan dengan masalah mata merah conjunctivitis.
1. Janganlah tunggu lama lagi, teruskan lah ke mana-mana klinik dan dapatkan rawatan. Doktor akan memberikan antibiotik, ubat penahan sakit dan juga ubat titisan. Apabila anda menggunakannya, mata anda akan beransur-ansur kurang. Namun begitu selepas anda habiskan ubat-ubat itu dan mata anda kembali sakit maka sah la mata anda bukan terkena serangan virus. Akan tetapi masalah conjunctivitis.
2. Elakkan daripada mengambil apa-apa supliment berasaskan bilberry, blueberry, crankberry, biji anggur atau apa-apa supliment yang merujuk kepada merawat mata kecuali supliment eyebright.
3. Anda perlu menukar diet anda segera. Elakkan dari memakan makanan berlemak seperti daging lembu, ayam,itik dan kambing. Sebaliknya makan lah makanan berasaskan sayuran hijau dan ikan.
Eyebright dapat mengurangkan kesan mata merah itu dan boleh didapati di farmasi Guardian. |
4. Elakkan meminum minuman segera seperti kopi tongkat ali, kopi ginseng dan seumpamanya. Minumlah kopi o, yoghurt,soya, barli dan seumpamanya.
5. Elakkan dari memakan makanan berminyak bergoreng seperti mee goreng, bihun, koeyteo goreng dan lain-lain lagi. Makanlah makanan yang berkuah, tidak berlemak dan tidak pedas.
6. Elakkan memakan makanan segera seperti mee segera, ayam goreng segera, snack dan sebagainya.
Petua mengawal penyakit mata merah conjunctivitis.
1. Dapatkan lah ubat titisan seperti yang aku gunakan ini iaitu “Spersallerg” keluaran Novartis yang sememangnya khusus untuk masalah mata merah conjunctivitis ini. Titislah dua atau tiga kali sehari.
Spersallergs ini boleh didapati di farmasi-farmasi besar di seluruh negara dan ia adalah khusus untuk merawat masalah mata merah conjunctivitis. |
2. Dapatkan air mineral oksigen yang ada dijual di farmasi (contohnya air anugerah) dan gunakan lah untuk dititiskan didalam mata jika mata anda terasa kering atau gunakan lah untuk mencuci mata anda selalu. Anda boleh isikan didalam botol titis dan boleh dibawa kemana-mana.
Contoh air oksigen. |
Isi air oksigen kedalam botol titis ini untuk memudahkan kita menitis kedalam mata. |
3. Blend 2 biji apel hijau dan secekak daun pegaga dan minum campuran tersebut dua atau tiga kali sehari. Jangan tambah apa-apa lagi kedalam adunan ini dan minum semua tanpa ditapis.
Apel hijau dan daun pegaga. |
4. Dapatkan air jus aloe vera atau jelly aloe vera dan amalkan meminumnya setiap hari. Anda boleh buat sendiri jika dirumah anda ada pokok aloe vera tersebut.
Jus aloe vera ini boleh didapati di pasaraya besar seperti Giant. |
5. Jika anda berkemampuan anda bolehlah mengamalkan meminum produk Gamat Healin, Gamat Gold dan sebagainya.
Petua yang aku amalkan ini terbukti membantu aku dalam menghadapi masalah mata merah conjunctivitis ini dan mengurangkan kesan rasa tidak selesa seperti berpasir itu dan aku dapat meneruskan pekerjaan aku setiap hari dengan lancarnya. Ya memang betul penyakit mata merah conjunctivitis ini tidak akan dapat hilang sepenuhnya kerana ia adalah kesan sampingan disebabkan aku terpaksa mengambil ubat Glivec yang sehingga kita sudah melebihi 7 tahun. Walaubagaimana pun dengan petua tersebut aku masih dapat mengawal keadaan ketidak selesaan tersebut daripada terus membebani hidup aku.
Pada pendapat aku dan dari apa yang aku telah uji serta lalui, masalah mata merah conjunctivitis ini adalah berpunca daripada masalah organ hati yang tidak dapat melakukan tugas yang sempurna. Mungkin disebabkan oleh gangguan-gangguan toksin yang memerlukan ujian lebih lanjut untuk dikenalpasti. Sejak aku mengamalkan petua tersebut diatas, masalah mata merah conjunctivitis itu dapat aku kawalnya dan tidak mengancam kehidupan seharian. Anda bolehlah mencubanya sendiri dan lihatlah kesannya kelak.