Peranan Umat Islam Terhadap Pemanasan Global



Bahayanya EDCs

Bahab-bahan kimia pengganggu endokrin ( EDCs)
Merupakan salah satu masalah utama di dunia dan Malaysia tidak  terkecuali . Penggunaan bahan-bahan kimia  ini begitu meluas, untuk kegunaan seharian mahupun dalam sektor industri.



EDCs adalah bahan kimia buatan manusia dan ia boleh ditemui dalam barangan keperluan pengguna dan industri misalnya dalam plastik seperti Styrofoam, Polvinil klorida (PVC),, polikarbonat ( bahan sering digunakan dalam penghasilan botol susu), bahan kimia untuk kegunaan di rumah dan produk pertanian  ( racun makhluk perosak) seperti racun serangga, racun herba, dan racun kulat , sisa toksik seperti  Dioksin dan polychlorinated biphenyl (PCB) dan logam seperti raksa dan plumbum.

Bahan-bahan ini boleh mempengaruhi kemampuan pembiakan manusia dan binatang. Ini membawa kepada persoalan tentang kelangsungan hidup manusia.   



Peranan Umat Islam Terhadap Pemanasan Global

Tidak boleh disoal bahawa Islam adalah mesra alam sekitar.Konsep tauhid yang menghormati dan menghargai makhluk sebagai ciptaan oleh KHALIK dengan mudah menuntut supaya manusia memlihara alam sekitar. Malah jika diteliti lebih mendalam lagi, pemahaman Islam terhadap kepentingan alam sekitar adalah lebih tinggi, mulia daripada apa yang diperjuangkan oleh tamadun Barat hari ini..

Melihat kepada ajaran Islam terhadap tingkah laku seseorang pejuang dalam peperangan sudah menampakkan betapa tinggi nilai-nilai penghormatan agama ini kepada alam sekitar.Pejuang-pejuang Islam dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan merosakan sumber air ketika berperang. Sementara Barat, mereka tidak teragak-agak meranapkan keseluruhan bumi melalui pengeboman senjata nuklear.
Tetapi malangnya dalam zaman Islam kini, orang Islam tidak terkenal sebagai umat yang mesra alam sekitar, dan tidk berada di medan depan bagi mempertahankan planet bumi.Perjuangan pembelaan alam sekitar hanya berlegar dikalangan golongan terpelajar yang mendapat pengaruh daripada tamadun Barat. Mungkin mudah bagi umat Islam menyalahkan dunia Barat sebagai punca bencana alam sekitar yang berlaku hari ini. Yang jelas adalah pemanasan global merupakan hasil karya dari Tamadu Barat melalui revolusi industri khususnya penggunaan bahan api berupa minyak..

Walaupun bekas Naib President Amerika syarikat(AS), Al qore muncul sebagai wira sejagat kepada perjuangan menangani pemanasan global, tetapi pihak yang boleh dianggap sebagai bertanggungjawab terhadap bencana ini adalah dunia Barat juga, namun begitu kejayaan dunia Barat memusnahkan alam sekitar dibantu dan disokong oleh umat lain juga yang bertanggungjawab kerana bersubahat. Bukan saja orang China dan Jepun tetapi juga umat Islam.

Perkiraan dalam tanggungjawab ini adalah mudah . Pemanasn global berpunca daripada penggunaan bahan api karbon, iaitu minyak. Walaupun penggunaan awal minyak secara besar-besaran bermula di Amerika Syarikat, tetapi akhirnya secara umum, sumbangan bahan api itu secara besar-besaran adalah daripada dunia Islam.

Kekayaan minyak di negara-negara Islam menjadi senjata dua mata.Di satu pihak ia menyumbangkan kepada kemakmuran umat- contoh jelas ialah Arab Saudi , Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia sendiri. Satu lagi ia mendatangkan bencana peperangan contohnya ialah Iraq ,Kuwait dan Iran.Walaupun sejarah menunjukkan betapa sukarnya negara-negara Islam menghadapi kuasa besar khususnya AS dalam permainan politik tenaga ini tetapi kelemahan kepimpinan umat Islam pada keseluruhannya telah tidak menyumbangkan kepada pemeliharaan alam sekitar.

Sejak dari tahun-tahun 1070an apabila gerakan alam sekitar ekologi mula bergerak penerbitan buku ''The silent Spring' di AS , manusia mula menyedari bahawa penggunaan bahan api minyak akan merosakan planet ini.Walaupun kesedaran terhadap kesan rumah hijau, kebocoran lapisan ozon dan akhirnya pemanasan global baru diketahui kemudian, tetapi gerakan alam sekitar dari awal lagi sudah menolak penggunaan bahan api minyak.

Sumber tenaga alternatif
Dari situ usaha dilakukan bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif seperti air, ombak, suria, angin dan nuklear. tetapi usaha ini tidak banyak mengurangkan bahan api minyak.
Antara faktornya ialah tidak cukup dukungan penyelidikan dan azam politik bagi penggunaan
sumber alternatif. Maka timbul syak bahawa syarikat minyak gergasi dengan sengaja melakukan sabotaj kepada usaha membangunkan sumber tenaga alternatif bagi menjaga kepentingan sempit mereka .

Pengaruh syarikat-syarikat gergasi minyak ini khususnya di Amerika syarikat memberi kesan kepada politik kuasa besar.Malah pengaruh mereka juga terlihat dalam pilihan raya presiden AS dan dasar luar serta dasar pertahanan berhubung dengan Asia Barat yang menjadi pusat kepada bekalan kepada minyak antarabangsa.Oleh kerana Asia barat terdiri dari negara-negara Islam, maka kesan langsung ditanggung oleh umat Islam sendiri.
Hubungan umat Islam dengan minyak adalah sesuatu yang menarik. Kebanyakan simpanan minyak yang aktif dikeluarkan adalah datang dari negara-negara Islam.Majoriti anggota pertubuhan pengeksport -pengeksport minyak (0PEC) adalah negara-negara Islam. kecuali Venezuela,lain-lain negara minyak yang terkemuka adalah negara-negara Islam Arab saudi,Iran ,Iraq dan negara-negara Teluk yang adalah negara-negara Islam yang kaya Minyak.Dalam banyak negara-negara di Afrika, Nigeria adalah negara paling kaya dengan simpanan Minyak. Di Asia Tenggara yang kaya minyak ialah Indonesia, Malaysia dan Brunei. Mengapa Thailand, Filipina dan Singapura tidak kaya minyak.?

Sementara dalam banyak-banyak negeri di Malaysia Terengganu adalah negeri yang paling kaya minyak, dikenali sebagai serambi mekah.Di Indonesia dalam banyak-banyak propinsi yang kaya minyak , Acheh yang menonjol,turut dikenali sebagai serambi mekah. Kedua-dua Brunei dan Acheh mempunyai gelaran darusssalam,.

Pada waktu ini China muncul sebagai negara paling pesat berkembang dan paling dahaga akan tenaga minyak. Tetapi simpanan minyak yang banyak terletak di wilayah Xinjiang yang mempunyai majoriti penduduk Islam. Xinjiang juga dikenali sebagai Turkestan Timur. Sememangnya bukanlah umat Islam yang memikul tanggungjawab utama dalam usaha mengeluarkan bahan api ini dari muka perut bumi dan kemudian membakarnya ke udara hingga berlaku pemanasan global.perkara itu banyak dilakukan oleh dunia Barat.Mereka yang membuat kereta secara besar-besaran ialah Amerika Syarikat.Sementara di pihak Eropah, mereka sudah sedar keburukan menggunakan bahan api ini.Eropah dianggap lebih sedar mengenai alam sekitar. Menghadkan penggunaan kenderaan yang kurang menggunakan minyak di samping menggalakkan
Menggunaan basikal dan kereta api.

kesedaran
Tetapi dunia Islam dimana tempatnya keluar minyak tidak cukup memiliki azam dan budaya bagi mengurangkan penggunaan minyak malah subsidi minyak di Malaysia mahupun di Iran adalah tertinggi didunia,. sebagai penyimpan bahan api minyak dunia Islam memerlukan kesedaran terhadap alam sekitar dan pemanasan global lebih dari Eropah. Walaupun kaya dengan minyak, budaya menolak minyak mesti ditanam dan disemai dalam dunia Islam dan tanggungjawab ini wajar dipikul dengan lebih berat oleh negara-negara Islam Asia Tenggara khususnya Indonesia, Malaysia dan Brunei ini kerana dalam usaha menangani pemansan global selain daripada mengguna sumber tenaga alternatif, pemeliharaan hutan hujan tropika adalah perkara utama.Dalam hal ini perlu diingatkan bahawa sebab tamadun industri membawa kepada pemanasan global adalah kerana pemusnahan hutan berlaku besar-besaran di Eropah.

Untuk menjadi benua maju ini, Eropah sudah memusnahkan hutan mereka.Kini hutan-hutan yang tinggal dan penting bagi planet bumi terletak di kawasan tropika, daripada hutan Amazon di Brazil, ke Congo di Afrika hinggalah ke hutan Borneo di Kalimantan. Maka sebagai negara-negara Islam yang menjadi pengeluar minyak, Indonesia, Malaysia dan Brunei memikul tanggungjawab lebih besar.
Sememangnya disedari bahawa untuk menjadi maju, hutan ini perlu dititikberatkan dan Barat mempunyai peranan yang lebih besar. tetapi tidak kurang pentingnya ialah Malaysia yang memiliki hutan berharga di Sarawak dan Sabah.
Bagaimanapun, mencari kaedah alternatif daripada menggunakan minyak serta usaha memelihara hutan bukan disebabkan soal menghalang pemanasan global semata-mata.
Lebih tinggi lagi ialah ajaran Islam yang terkandung didalamnya gagasan tauhid yang menghormati makhluk; haiwan dan tumbuh-tumbuhan , bukan saja manusia .Bagi Islam tidak ada bezanya manusia , haiwan dna tumbuh-tumbuhan, begitu juga dengan batu-batu, bintang-bintang dan kesemua unsur alam, kerana semuanya adalah makhluk ALLAH S.W.T
Share this video :
Comments
0 Comments

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SenjaKINI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger