Sesudah Makrifatullah, Loh Mahfuz II

Sesudah Makrifatullah, Loh Mahfuz II

August 31st, 2009 — 12:00am
Dan matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. Yasin (36):38-40

Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. An Nahl (16):16

b.        Bumi
Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Ar R’ad (13):3

Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju. An Nahl (16):15; Luqman (31):10
(Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Dia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalangThaha (20):53
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya… Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya). Al Naazi’aat (79):30, 32

Di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legamFathir (35):27
c)              Malam dan Siang

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang. Al Baqarah (2):164

Dia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnakannya, Dan Dia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang. Al Naazi’aat (79):27
Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan. An Anbiya (21):33

Dan Dia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang)Nuh (71):16

Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya? An Naba (78):13
Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasaNya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti).Al Hajj (22):61
Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki. Furqan (25):47
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? An Naba (78):9

Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki? An Naba (78):10-11
Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. Ibrahim (14):33
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran). Ar Rum (30):23
d)              Masa
Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.Yunus (10):5

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan. At Taubah (9):36

Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa. Yunus (10):6

e)              Bayang-bayang

Tidakkah engkau melihat kekuasaan Tuhanmu? Bagaimana Dia menjadikan bayang-bayang itu terbentang (luas kawasannya) dan jika Dia kehendaki tentulah Dia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu; Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu kepada Kami, dengan beransur-ansur. Al Furqan (25):45-46

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri? An Nahl (16):48
ii)              Sistem air hujan:
Begitu terjadi dan turunnya air hujan tidak ada sedikitpun               campur tangan manusia.

Demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinyaAl Baqarah (2):164

Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah. An Naba (78):14

Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya. Ar Rum (30):24

Dia juga telah menurunkan hujan dari langit. Thaha (20):53; Luqman (31)10

Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci, Untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati, serta memberi minum air itu kepada sebahagian dari makhluk-makhluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai. Al Furqan (25):48-49.

Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan ia tersimpan di bumi dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. Al Mukminun (23):18
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya?  Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur. Al Waqiah (56):68-70

iii)              Sistem pembiakkan haiwan
Begitu juga haiwan membiak tanpa perlu campur tangan manusia. Manusia mendapati haiwan-haiwan ini sudah ada sebelum ada yang ditangkap dan dijinakkan oleh mereka.

Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang. Al Baqarah (2):164; Luqman (31):10

Binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Fathir (35):27


Share this video :
Comments
0 Comments

Post a Comment
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. SenjaKINI - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger